ENJIN 2 LEJANG (TWO STROKE)


Enjin dua lejang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Enjin dua lejang mempunyai prinsip pengendalian yang berbeza daripada enjin empat lejang iaitu enjin dua lejang
 melengkapkan keempat-empat proses (masukan, mampatan, kuasa dan ekzos) yang dilakukan pada enjin empat lejang
 dalam setiap dua lejang, ataupun setiap satu putaran enjin sahaja. Ia dilakukan dengan menggunakan bahagian
 permulaan lejang mampatan bagi melaksanakan fungsi lejang masukan dan ekzos secara serentak. Dengan ini, enjin dua
 lejang menghasilkan kuasa spesifik yang lebih tinggi, menjadikannya sesuai bagi kerja-kerja ringan dan mudah alih
seperti gergaji rantai sehinggalah kepada penggunaan berskala besar seperti lokomotif kereta api.
Dari segi pelinciran, enjin petrol dua lejang memerlukan minyak pelincir khas yang boleh terbakar, dikenali sebagai
 minyak 2T disebabkan operasi kitar dua lejang turut melibatkan ruangan dalam kotak engkol, tidak seperti kotak
 engkol enjin empat lejang yang terasing sepenuhnya daripada kebuk pembakaran. Pembakaran minyak 2T ini merupakan
 satu penyebab utama kepada pencemaran yang dihasilkan oleh enjin petrol dua lejang..
Penciptaan kitar dua lejang mula dilakukan oleh Dugald Clark sekitar 1880 dengan enjin yang mempunyai silinder
 pengepam berasingan. Enjin pengepaman kotak engkol, yang menggunakan kotak engkol sebagai pengepam, telah
 dicipta oleh Joseph Day (dan Frederick Cock bagi liang masukan kawalan omboh).


Tiada ulasan: